
Berikutan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Pahang hari ini telah membuat laporan kepada SPRM berikutan dengan kemungkinan penyelewengan yang berlaku yang didedahkan oleh laporan tersebut.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim dalam kenyataannya menjelaskan bahawa tindakan membawa kes ini ke SPRM adalah bertujuan untuk meminta SPRM menyiasat andai ada penyelewengan yang berlaku, ia penting kerana melibatkan soal kewangan kerajaan.
Abdullah kesal kerana dalam keadaan kewangan Negeri Pahang yang begitu teruk, yang mengalami defisit sepanjang 12 tahun kebelakangan ini, ada lagi kalangan pemimpin kerajaan negeri yang berbelanja secara tidak berhemah. Kerajaan Pahang patut merasa malu kerana ditegur oleh Ketua Audit Negara.
Kewangan kerajaan bukan sekadar duit kerajaan, ia adalah duit rakyat, tegas Abdullah, Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap SPRM akan segera membuat siasatan dan sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku, mereka yang bersalah patut diheret ke muka pengadilan. - themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment