24 October 2009

Nik Aziz tetap mahu muktamar khas

KOTA BAHARU — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu. - BERNAMA

6 comments:

Anonymous said...

gilo ko tok guru kita nih???

murysidul am apa yg sanggup tengok parti dia berpecah.

Anonymous said...

demo jange kato gitu kan demo gilo.

Anonymous said...

Ahamdulillah, Tg Ahmad Ritahudeen menjemput TGNA untuk merasamikan masjid yang beliau biayai.

Ini adalah satu pebgiktirafan kepada PAS dan TGNA. Tg Ahmad Ritahudeen adalah pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan bekas pemimpin kanan UMNO.

Beliau boleh menjemput NTR atau Muhyidin untuk merasmikan masjid berkenaan jika beliau ingin memberi political mileage kepada UMNO. tapi beliau menjemput TGNA.

That speaks volume of PAS stature and obviously of TGNA in the eye of an UMNO stalwart.

bat8

Anonymous said...

wow raamainya kaki UMNO cybertrooper masuk kat laman web pro PAS.

Takpelah, cara mereka walaubagimanapun banyak memberi manafaat kepada PAS dengan komentar-komentar standard otak kat tapak kaki.

bat8

dulukini said...

tok guru tak gila la. dia buat cadangan tu sebab orang dalam PAS dah gila kuasa utk bersama parti rasuah BN, itu aje.

Bagi aku yg lagi gila adalah orang yang sokong rasuah.

subulus salam said...

Assalamualaikum...
Pertahankan ukhuwah sesama ahli,
rahsia kekuatan sebenarnya...
Bertolak ansur dalam perkara yg kita berselisih pendapat, dan sentiasa berpadu pada perkara yg disepakati...
Buang jauh2 kata2 kejian dan maki hamun sesungguhnya Allah tidak suka pada kata2 kejian kecuali dizalimi...tuntutlah ilmu,kejahilan adalah suatu kerugian.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese