24 October 2009

Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN



Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.

“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.

Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.

Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.

"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.
"Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.

"Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya. -TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin