26 October 2009

Moga kemelut selesai - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas Pas pusat itu.

2 comments:

kluangman said...

Baguslah kalau boleh terima hakikat diri sudah tiada pengaruh untuk mengadakan EGM, lain kali cermin dulu diri sendiri sebelum mengeluarkan ketegasan yang akhirnya makan diri.

Selepas ini..nampaknya suara Nik Aziz semakin sayup dan tidak diperdulikan.

Hidup Hadi Awang !!!

Anonymous said...

sejak bila binatang keluang umno ni boleh sebut hidup aji adi...

pelik ni.......

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin