16 October 2009

Kutip Dana Bantu Kes Mahkamah Mangsa Kezaliman Umno Di Bagan Pinang.

KUALA TERENGGANU: Pemuda Pas Kampong Kolam Kuala Ibai sedang berusaha untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos perbicaraan mahkamah ahlinya yang ditangkap di Bagan Pinang baru-baru ini akibat kezaliman Umno.

Syamsuddin merupakan anggota Amar Makruf Pas cawangan Kuala Ibai yang bertugas membantu Pas Bagan Pinang ditahan polis ketika mempertahankan diri ketika dibaling batu bertubi-tubi oleh penyokong yang dibayar Umno. Insiden yang melibatkan Syamsuddin berlaku di hadapan Sekolah Menengah Teluk Kemang baru-baru ini.

Syamsuddin dibebaskan dengan ikat jamin dan akan menghadapi pertuduhan mahkamah pada isnin ini di Seremban. Untuk membantu menyelesaikan kes, AJK Khas pemuda telah dilantik untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Syamsuddin bagi membiayai kos perjalanan, kos denda mahkamah yang bakal diputuskan nanti.

Untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi ahli, Pemuda pada malam ini dengan bantuan Pas Terengganu merayu masyarakat yang menghadiri ceramah umum di Batu 6 Kuala Terengganu supaya menyumbang dana bagi membantu petugas Pas yang berkhidmat di Bagan Pinang baru-baru ini akibat tindakan kurang ajar penyokong Umno.

Pemuda juga berusaha untuk mengutip dana melalui sumbangan ikhkas di Ijtimak Pas yang berlansung di Rhusila esok. Syamsuddin akan berangkat ke Negeri Sembilan pada malam hari Ahad ini bagi menghadapi pertuduhan pada pagi isnin nanti. Syamsuddin akan diiringi sekumpulan pemuda Kampong Kolam Kuala Ibnai untuk memberi sokongan moral. SinarHairan

2 comments:

Anonymous said...

Mangsa kezaliman diri sendiri..bukan orang lain, aku ada kat situ, aku tau PAS la mulakan dulu dan sangat agresif, bukan sahaja membaling batu tetapi mencarut, kata-kata kesat dan gempur gaduh...

tok sah dok menipu orang aje..

hanizam said...

berani buat, beranilah tanggung...padan muka ko, nak tunjuk ganas tak kena tempat...bila dah kena, maner batang hidung pimpinan PR untuk tolong mamat tu??

jangan lupa tolong gak pelajar yang edar duit palsu hari tu ye...cian dia, balik cuti suruh berrehat dengan keluarga, tapi balik ke malaysia, bala yang dibawak...belajar agama tinggi-tinggi, hukum buat fitnah dah tahu pun buat-buat tak tahu je...buta hati..ikut sangat kata tok guru songsang...

ape salahnya pimpinan PR salur skit dana untuk mereka...takan dash habis kot duit, sebab gunakan untuk kes Anuar, kes Nizar??

dah nampak sangat, kalau penyokong yang kena tangkap, pandai-pandailah nak hidup...tapi kalau pimpinan yang kena tangkap, habis duit untuk jamin dorang...

malang...malang nasimu PAS...

Parti Akal fikiran Sempit....PAS

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese