16 October 2009

Zaid takes six-month leave, crisis in PKR?



Kenyataan Media Dato' Zaid Ibrahim

Dato' Zaid Ibrahim hari ini telah membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada Parti KeADILan Rakyat (PKR) di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan salah seorang pimpinan kanan parti.

"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR)," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang mengumumkan penyertaannya bersama Parti KeADILan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah dalam menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) iaitu Azmin Ali.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan ke Sabah esok untuk menyelesaikan masalah penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya (Azmin Ali), yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah.

Dalam satu mesyuarat Biro Politik Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar juga sukar menenangkannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaid bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan isu kepemimpinan parti itu di Sabah dan Sarawak seperti dilwar-warkan sebelumnya.

"Saya diundang menghadiri perhimpunan dan majlis Hari Raya anjuran pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) disana untuk bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong parti dan saya telah menerima pelawaan itu.

"Saya juga turut diundang bertemu dengan beberapa pemimpin Sarawak di Kuching dan saya tidak nampak sebarang niat tertentu dalam undangan-undangan ini" katanya.

"Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam politik dalaman Parti KeADILan Rakyat (PKR) atau parti-parti lain baik DAP mahupun PAS. Saya juga tidak berminat mengambil peranan kepimpinan dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR).

"Saya telah jelaskan perkara ini sejelas-jelasnya kepada Dato' Seri Anwar sewaktu saya menyertai parti ini."

Dalam masa yang sama juga, Beliau menjelaskan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya rakyat benar-benar faham akan perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga memerlukan perbincangan sesama Pimpinan Tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat dalam menyusun dan merangka strategi agar Pakatan Rakyat benar-benar diterima majoriti pengundi menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

"Saya memerlukan masa untuk meneliti dan seterusnya memperkukuhkan strategi seterusnya sebelum membawa cadangan pengukuhan tersebut kepada ke 3-3 pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Rakyat"

"Saya amat-amat berharap supaya cadangan tersebut akan dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan demi masa depan Negara Malaysia terutamanya".

"Kita memerlukan gabungan pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana mereka (Barisan Nasional) mempunyai segala bentuk kemudahan yang diperlukan. tanpa kerjasama sepenuhnya dari ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan menjadi amat sukar"

"Kita sudah berada dalam gear terakhir menjelang PRU-13 dan adakah kita sudah bersedia untuk itu..?"

Tambah beliau lagi, mulai hari ini, apa sahaja aktiviti atau kenyataannya selepas ini bukanlah mewakili mana-mana parti sebaliknya datang dari dia sendiri. sebarang kenyataan dari Dato' Zaid datangnya dari Dato' Zaid dan bukannya mewakili sesiapa.

"Saya akan bergerak atas inisiatif dan tanggung-jawab saya untuk memastikan Negara Malaysia tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU-13".

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese