02 September 2009
YB Ngeh telah ditahan polis! | Nizar
09:40pg : Perwakilan Pakatan akan cuba untuk memasuki Komplek Kerajaan Negeri sekitar 10.00pg.
09:56pg : Perwakilan yang menuju ke Pokok Demokrasi telah dihalang olah polis,iaitu kira-kira lagi 30m. Yb Ngeh bertengkar dengan pihak keselamatan sambil menunjukkan arahan mahkamah hanya Penyokong Pakatan sahaja yang dilarang berada disekitar bangunan,larangan itu bukan kepada perwakilan Pakatan.
10:10 pg : Perwakilan yang cuba untuk bergerak ke Pokok Demokrasi secara berdua-dua dihalang oleh polis. Beberapa kumpulan manusia yang berada berhampiran Pokok Demokrasi melakukan kekecohan, dipercayai penyokong UMNO.
10:03pg : Ada jurugambar wakil media yang mengambil gambar telah ditahan polis tanpa diketahui apa puncanya.
10:09pg : Perintah mahkamah hanya melarang orang ramai daripada berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan,tetapi tidak kepada perwakilan.
10:11pg : YB Ngeh telah ditahan polis!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment