02 September 2009

Sidang DUN 2 Sept. - Sekitar Wisma DAP, 9.00 pagi | Nizar



Kelihatan anggota FRU yang sampai seawal 7 .00 pagi membuat sekatan dan hadangan sepanjang jalan ke SUK. Jumlah mereka semakin bertambah.

Tidak ramai penyokong yang telah sampai. ini mungkin disebabkan sekatan jalan raya yang diadakan disekitar bandar Ipoh. Tumpuan diberikan di WISMA DAP. Kelihatan pegawai tinggi polis berkumpul di sebelah kedai makan di bawah Wisma DAP.

DS Nizar dan Dato Ngeh Koh Ham telah sampai. Diikuti ADUN lain yang semakin ramai berkumpul. YB Khalil Idham Lim nampaknya tidak akan sampai kerana masih di luar negara.

Rancangan mereka adalah untuk berarak ke dewan SUK. Dipercayai pegawai polis akan menghalang mereka berbuat demikian. Anggota polis mula menghalau penyokong PR mendekati Wisma DAP. Laungan orang ramai dan Polis mula bersahutan. Ramai orang mencari susuk tubuh samseng bersongkok tinggi namun masih belum kelihatan…

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese