21 September 2009

Selcat Tetap Diteruskan Secara Terbuka

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Kim menolak gesaan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) diadakan secara tertutup.

Bertaut pada prinsip pemisahan kuasa yang jitu, Teng yang juga Pengerusi Selcat berkata jawatankuasa terbuka dan telus seakan Selcat telah menjadi amalan negara-negara demokrasi berparlimen.

"Setakat ini dari maklum balas orang-ramai, mereka amat berpuas hati kerana dengan adanya Selcat mereka nampak ketelusan dalam pentadbiran kita. Ketelusan bukan sahaja bererti kita membenarkan orang ramai melihat prosiding sepenuhnya, tetapi yang penting ialah melihat kebenaran disebalik isu-isu yang ditangani. Walaupun Selcat ini adalah baru di negara ini, tetapi ia menjadi amalan di negara-negara Komanwel lain," kata Teng.

Selcat Selangor meraih pengiktirafan masyarakat sebagai mercu ketelusan dan ketrerbukaan selepas ia membongkar penyelewengan RM9.9 juta wang rakyat oleh isteri-isteri Adun BN melalui Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Prosiding Selcat yang terkini sedang menyiasat misteri adun-adun BN menghabiskan kesemua peruntukan negeri mencecah RM500,000 dalam masa dua bulan sahaja, sebelum Pilihanraya Umum ke-12 8 Mac 2008.

Namun, para Pegawai Daerah yang dipanggil membantu siasatan merungut bahawa mereka disiasat tanpa belas oleh Selcat.

"Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak dapat ikut rentak. Mereka boleh maklumkan ke pihak jawatankuasa supaya kita boleh tengok dimana kita boleh memperbaiki dan menaiktaraf Selcat. Dalam pada itu, mereka juga perlu mengikut rentak ketelusan dan keterbukaan dan tidak bertaut pada amalan lama," kata Teng.

Menyahut aduan pegawai-pegawai daerah ini, Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali mengesyorkan bahawa prosiding ditutup dari tatapan awam dan keanggotaan Selcat dirombak dan diisi oleh bekas-bekas hakim.

"Selcat adalah jawatankuasa pilihan khas yang dilantik oleh dewan melalui peraturan tetap. Mengikut amalan Parlimen Komanwel, tidak ada keanggotaan jawatankuasa diisi oleh orang luar, melainkan di kalangan ahlinya sendiri," kata Teng.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akur kepada prinsip pemisahan kuasa dan berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan Selcat.

Teng juga berkata pihaknya tidak mahu dan tidak akan campuri urusan Eksekutif berhubung tindakan Pegawai Daerah Klang, Datuk Bakhtiar Husin yang melanggar Perintah Am dengan mengkritik Teng.

Bakhtiar dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata dia telah dimalukan oleh siasatan Selcat.

"Pegawai Daerah bukan dibawah kawalan saya. Mereka tertakluk dibawah bidang kuasa Eksekutif, demikian itu saya tidak mahu mencampuri soal Perintah Am ini," kata Teng.

Sementara itu, Dr Hassan Ali menafikan desas-desus bahawa beliau mempunyai agenda tertentu dengan menyerang Selcat dan Teng.

Dr Hassan berkata Pakatan Rakyat menyokong penuh kewujudan jawatankuasa siasatan ini.

Mengulas mengenai syor supaya Selcat ditutup dari tatapan awam, Dr Hassan berkata beliau cuma bimbangkan rungutan para pegawai daerah dan syor dibuat adalah untuk dibincang dan direnungkan bersama. TVA

3 comments:

Anonymous said...

hasan kritik benda betul demi menjamin ketelusan dan kecekapan selcat. lgpun ADUN dlm selcat bukannya tahu pasal PENGURUSAN DAN TATACARA BERURUSAN dgn pegawai kerajaan, mrk tu ahli politik, buat kerja politik sudahlah. cadangan hasan agar ajk selcat dianggotai "BERSAMA"oleh pihak pakar spt hakim, pengamal undang2, bekas pegawai kerajaan dsbgnya krn mereka ini berautogriti drpd ahli politik yg banyak meNIPULASIkan pelbgai prkara serta bertindak seperti membuli dan memalukan.

Anak PR Selanagor said...

Ni lah komen paling bebal yang pernah aku baca..

Bodoh kau tak tahu ke hasan ali tu nak jadi MB.. dia dengki sangat dgn Khalid Ibrahim..

Kau kalau nak tahu hasan ali ni diah ingat dia segala galanya hebat..cakap yang hebat hebat tp.. ckp pun tak guna..

Dia ni dulu aku puji sbb orang sedia berjuang bersama rakyat tp rupanya hampeh..

Anonymous said...

Hasan Ali ni sudah tak boleh guna pakai - tak habis habis cuba melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Yang menghairankan Pimpinan PAS buat tak peduli sahaja - macam merestui tindakan bangang beliau. Aku sudah merasakan yang PAS ni dah tak boleh di percayai lagi. Memandangkan episod rundingan rahsia dengan UMNO yang pernah di lakukan dahulu aku yakin yang PAS Selangor dah rosak dan tidah boleh di yakini lagi. Bebal, bodoh, bangang dan penuh muslihat.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese