01 September 2009
PAS: Jangan lantik semula Musa Hassan
Parti Islam SeMalaysia memohon Yang Dipertuan Agong supaya tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk menyambung perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan berakhir 14 September ini, lapor harakahdaily.
Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut.
"Yang Dipertuan Agong berkuasa penuh untuk menolak cadangan ini. Yang Dipertuan Agong pernah menolak cadangan Perdana Menteri sebelum ini untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara," kata beliau dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan pihak polis menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini.
Beliau juga mencadangkan satu penstrukturan semula dibuat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pembersihan ke atas semua anggota yang didakwa terlibat dengan kumpulan kongsi gelap seperti yang pernah didakwa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan yang membabitkan Musa sendiri.
Penubuhan suruhanjaya berkenaan penting ujarnya kerana pihak polis sendiri tidak berupaya menyiasat kes membabitkan pasukan polis dengan kumpulan kongsi gelap.
"Saya mintak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat segala dakwaan membabitkan ketua polis negara sendiri.Ia tak boleh lagi disiasat oleh polis sendiri kerana polis sendiri tak dapat menyiasat kes yang membabitkan penglibatan polis dengan kumpulan kongsi gelap," katanya.
Mahfuz juga yakin masih ramai calon yang layak menggantikan tempat Musa sebagai Ketua Polis Negara.
"Saya percaya sudah tentu ada calon yang terbaik dalam negara kita dan itu kita serah kepada Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang calon-calon di kalangan pegawai polis yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya.
Pada 2007, Musa Hassan didakwa terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.
Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today Sabtu lalu pula menyiarkan akuan bersumpah yang didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.
Antara dakwaan pegawai polis itu, Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.
Beliau juga mendakwa diarahkan untuk menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta kerajaan mempertimbang cadanagn untuk menyambung perkhidmatan Musa yang jelas tecalar dengan dakwaan-dakwaan negatif.
Video berkaitan:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bukan sahaja IGP jangan di lantik semual malahan perlantikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baru juga patut di lucutkan. Orang yang di lantik adalah seorang kaki minum dan kalau di asaskan kepada KPI dia sebagai pemimpin TUDM, dia patut di pecat kerana gagal mempastikan pertahanan ruang Udara Malaysia di tahap yang selamat. Tak percaya buat audit keselamatan ruang udara Malaysia di bawah pimpinan nya yang lemah.
Malahan terdapat beberapa cubaan penyelewengan seperti projek eurocopter, kegagalan AIROD , dan Zetro dalam penyelenggaraan aset TUDM dan banyak lagi kegagalan yang mengaibkan pertahanan negara.Mengapakah pesawat Sukhoi masih gagal mencapai tahap operasi nya dan malahan setibanya pesawat tersebut ke Gong Kedak negara telah mengalami kerugian berjuta ringgit dengan kerosakan enjin pesawat akibat kelemahan persiapan penerimaan pesawat.
Kalau injin pesawat bolih hilang semasa menjadi Panglima TUDM maka apakah tidak mungkin kereta kebal mahupun kapal TLDM juga akan hilang semasa si mangkuk ni menjadi PAT.
Alahai Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan sudah lah kena kelentong calun Permatang Pasir, ini kena kelentong calun PAT, cuba lah buat siasatan sebelum banyak lagi akan didedahkan di parlimen october ini atau ada agenda tersendiri.
Indonesia dan Singapura akan mentertawakan Malaysia kerana perlantikan PAT yang baru is the peak of incompetency in Malaysian Armed Forces and the future generation will blame Zahid and the outgoing PAT Aziz Zainal for the future disaster.
Sebelum nasi menjadi bubur, Menteri Pertahanan sila buat penyiasatan keatas PAT yang baru di lantik!!! IGP pun elok lah berhenti dan PAT yang baru pun elok lah letak jawatan.
Post a Comment