”Tiada Alasan ADUN BN Menentang Saya.”kata Ahmad
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kemelut politik di negeri itu disebabkan campur tangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata sebenarnya tiada alasan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.(Gambar - Tiada sebab '10 budak Hitam' ini membantah'??)
"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior.
"Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, Exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal.
Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya yang dipetik Agensi Bernama, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini , Rabu.
Mengenai pertemuan enam Adun Terengganu dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Putrajaya semalam, Ahmad berkata mereka telah menemui beliau terlebih dahulu sebelum perjumpaan itu dibuat.
No comments:
Post a Comment