03 September 2009

Doa Kami Buat Rakyat Indonesia

ANWAR IBRAHIM: Sedih saya apabila diberitahu korban gempa bumi berskala 7.3 richter mencecah 46 orang dan menjejaskan 1300 buah rumah. Gempa yang berpusat dari sekitar kabupaten Tasik Malaya itu dirasai kuat di Jakarta, Bandung dan Surabaya.

Saya menyeru kepada masyarakat antarabangsa agar bersiap sedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukan.Kepada teman-teman di Indonesia, kami di Malaysia, inshaallah akan berusaha membantu dan berdoa moga Allah SWT akan senantiasa memelihara kita semua dari sebarang kecelakaan serta kemalangan.

Indonesia earthquake buries scores in Java
- AlJazeeraEnglish



1 comment:

ghostWRITER said...

DOA INDONESIA BUAT MALAYSIA

Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) telah bertindak membaling telur ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan mengsita pintu masuk Kedutaan....

Kumpulan Mahasiswa ini juga mendesak agar Indonesia memutuskan hubungan diplomatic dengan Malaysia

Sebelum ini pada 31 Ogos 2009, di Surabaya, sekumpulan warga Indonesia yang menggelarkan diri Front Kedaulatan NKRI telah mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar bendera Malaysia dengan melebelkan Malaysia sebagai “Malingsia”.

“Ganyang Malaysia” dilontarkan apabila Malaysia dikatakan telah mencuri kebudayaan Indonesia seperti tari ‘Pendet’, menyiksa tenaga kerja Indonesia dan yang paling memeranjatkan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ juga dikatakan dicuri dari lagu Negara Indonesia “terang bulan”.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese