10 September 2009

Anak Samy Vellu, ketua pengarang Tamil Nesan disaman fitnah RM500 juta



Anak kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, S Vell Paari yang juga pengarah urusan Tamil Nesan Sdn Bhd; Tamil Nesan Sdn Bhd dan ketua pengarang akhbar itu, K Pathmanabhan disaman RM500 juta oleh seorang aktivis yang mendakwa beliau difitnah menerusi artikel yang diterbitkan dalam akhbar berkenaan.

Aktivis dan Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat Oms, P Thiagarajan memfailkan saman itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam kira-kira jam 2.30 petang, melalui Tetuan S Kandasami & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Thiagarajan mendakwa defendan-defendan (Vell Paari dan dua yang lain) dengan berniat jahat menulis dan menerbitkan kata-kata fitnah mengenainya dalam artikel akhbar yang diterbitkan antara 2 Ogos 2009 hingga 7 Ogos 2009.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese