05 August 2009

Pengumuman 11 perkara; Najib memperdayakan 1Malaysia.



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/ceramahgayamahfudz.jpgSebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini.(Gambar kanan - Ekspresi Mahfudz !)

”Dia (syarikat perunding) nasihat Perdana Menteri (untuk), umum (dan) cari 60,000 orang di Wilayah Persekutuan potong 50% (bayaran lesen),

”syarikat ini juga menasihat bagaimana nak melaksanakan dasar, kamu cari kumpulan-kumpulan kecil,

”Najib pun beritahu, kita umum pemotongan (atau) diskaun 20% tol (bagi) pengguna-pengguna lebuhraya yang menggunakan (kad) Touch ‘n’ go dan Smart Tag,

”tapi dengan syarat, 80 kali sebulan guna baru dapat potongan, kalau 79 kali sebulan, tak dapat,”katanya.

Menurutnya, pengumuman 11 perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri sempena 100 hari telah dirancang supaya kelihatan hebat, seolah-olah ia memberikan manfaat kepada seluruh Malaysia.

Hakikatnya kata Mahfudz, ia hanyalah memberikan faedah kepada segolongan, terlalu kecil rakyat Malaysia.

”Dia (syarikat perunding) sudah ‘calculate’, dah kira berapa ramai yang dia (Najib) terpaksa (dan) sanggup untuk beri diskaun 20% (potongan tol) ini,

”hanya dalam lingkungan 80,000 orang sahaja, bukan satu Malaysia,”jelasnya.

Manakala menurutnya, permit teksi yang diberikan kepada individu sebagaimana diumumkan oleh Najib, sebenarnya hanya diberikan kepada 3,000 orang sahaja.

Katanya, Najib dengan kebijaksanaan syarikat perunding tersebut mengabui mata dan pemikiran rakyat serta memperdayakan seluruh rakyat Malaysia.

Sebaliknya, apabila Najib mengumumkan kenaikan harga tambang kenderaan awam, satu Malaysia mendapat mudarat kerana terpaksa menanggung beban.

”Tapi bila dia umum kenaikkan harga tambang, harga tambang bas, tambang bas ekspres, bas berhenti, bas sekolah (dengan) harga baru, satu Malaysia dapat mudarat, One Malaysia dapat mudarat,”tegasnya.

Justeru katanya, kerajaan Malaysia membayar jutaan ringgit kepada syarikat perunding tersebut bukanlah untuk menyelesaikan masalah dan meringankan beban rakyat, tetapi untuk menaikkan imej Najib supaya rakyat menerimannya. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese