07 August 2009

Pelajar saman polis RM10 juta



ImageSeorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, memfailkan saman lebih RM10 juta terhadap polis dan kerajaan selepas mendakwa terkena tembakan gas pemedih mata menyebabkan mata kanannya buta ketika rusuhan selepas perlawanan Piala FA, April lalu.

Mohd Huzaifah Muhd Noor, 18, sebagai plaintif menamakan Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan M Sathasivam sebagai defendan pertama; Polis Diraja Malaysia (PDRM) defendan kedua dan kerajaan Malaysia selaku defendan ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Huzaifah menuntut ganti rugi am atas kecederaan parah mata kanannya akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata.

Selain itu, beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan RM10 juta atau apa-apa jumlah difikirkan sesuai oleh mahkamah atas kecuaian atau kelalaian defendan atau ejennya yang melepaskan tembakan gas pemedih mata hingga mengakibatkan mata kanannya buta.

Plaintif turut menuntut ganti rugi khas yang akan ditaksirkan mahkamah serta faedah atas jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga ke tarikh penjelasan sepenuhnya.

Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed daripada Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, semalam

Dalam penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 7 April 2009 jam 5 petang, beliau bersama sepupunya, Abd Rahman Husin, membuka gerai burger, minuman dan kacang sebelah Restoran Faridah di Stadium Sultan Muhammed IV sempena perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Plaintif mendakwa, pada jam 11.30 malam, ketika mengemas barang jualan bersama sepupunya, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama, yang mana seorang daripada anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

Beliau mendakwa, tembakan itu tepat mengenai bahagian mata kanannya hingga mengalami cedera parah dan mengakibatkan matanya disahkan buta.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, Mohd Huzaifah yang ditemani keluarganya, berkata mata kanannya tidak lagi berfungsi dan beliau kini terpaksa menggunakan mata palsu bagi menutup kecacatan yang dialaminya.

"Kesan kejadian itu sangat besar kepada saya hingga sukar menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana terpaksa menggunakan sebelah mata saja," katanya.

Mohd Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, di sini, disahkan buta selepas pembedahan yang mengambil masa enam jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), gagal memulihkan deria penglihatannya yang cedera teruk.

Berikutan rusuhan itu, skuad Liga Super Kelantan digantung daripada bermain di Stadium Sultan Muhammed IV oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum larangan itu ditarik balik pada 28 Mei lalu.

2 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Anu War hilang ...

Tolong kesan di mana dia berada sekarang

berita lanjut di

http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/08/anwar-hilang.html

Setia said...

Tolong kesan di mana Altantuya,Bala......

berita lanjut di

Bukit Aman

http://altantuya.bala.musang.c4.blogspot.com/2009/08/altantuya dibomnajibrosmah.html

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese