07 August 2009

Nizar Lawan Zambry: Cabar PR Bukti Tuduhan

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mencabar pembangkang di Perak supaya membuktikan tuduhan beliau meluluskan tanah kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah milik kroninya.

Menteri besar itu berkata bahawa beliau mahu wakil rakyat Pakatan Rakyat yang terbabit tampil memberikan bukti kelulusan tanah berkenaan seperti yang didakwa dalam ceramah pembangkang itu sejak akhir-akhir ini.

Menurut Zambry beliau mahu ahli dewan undangan negeri -adun- Pakatan Rakyat tebabit menghentikan pembohongan itu segera kerana ia jelas membuktikan mereka adalah ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata mereka sepatutnya tidak membuat sebarang tuduhan dan tohmahan yang lebih bercorak pembohongan semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Katanya yang jelas sekarang Pakatan Rakyat sudah muflis idea dan modal untuk mempengaruhi rakyat dan terpaksa mengada-adakan cerita untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.

Zambry juga berkata Pakatan Rakyat terpaksa berbuat demikian sebagai satu helah untuk membolehkan orang ramai mengenang semula kehadiran mereka dalam kancah politik negeri itu.

Beliau berkata demikan sebagai mengulas tohmahan dan dakyah yang dilaporkan dilakukan oleh bekas exco kanan Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham dan bekas exco Nga Kor Ming dalam ceramah di seluruh negeri itu sejak bulan lalu.

Menurut beliau ia dilaporkan secara meluas di akhbar berbahasa Cina sebagai satu cara untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya.

Menurut laporan itu Zambry dikatakan meluluskan tanah terbabit kepada sebuah syarikat perlombongan dan hartanah Rahman Hydraulic yang kononnya beliau mempunyai kepentingan.

2 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

bodoh punya PR penipu rakyat.bila komunis memerintah mereka menjilat pungkok.bila islam memerintah mereka fitnah.apa nak jadi dgn PAS yg hampeh nih.udah udah lah.

Anonymous said...

Inilah masanya yang paling sesuai untuk Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir membubarkan DUN Perak kerana Pakatan Rakyat sudah muflis idea dan modal untuk mempengaruhi rakyat dan terpaksa mengada-adakan cerita untuk mengembalikan keyakinan orang ramai. Jangan tunggu lagi sebab kalau ditunggu lagi rakyat akan dipengaruhi oleh idea dan modal yang diada adakan oleh Pakatan Rakyat. Cepatlah Datuk, rakyat Perak sudah tidak sabar lagi hendak mengundi. Jangan hanya selalu buat kenyataan dekat pihak media mengatakan rakyat Perak sudah muak dengan Pakatan Rakyat dan mula menyokong Barisan Nasional. Tunjukkan kepada Pakatan Rakyat yang mereka sudah tidak mendapat sokongan rakyat Perak dengan membubarkan DUN Perak serta mengadakan pilihanraya DUN Perak sekali lagi. Bubar Datuk, jangan tak bubar. Jangan cakap tak serupa bikin Datuk. Takde telur ka Datuk atau disimpan dalan peti sejuk lupa bawak keluar...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin