06 August 2009

Nizar lawan Zambry: Jeff Ooi & JIM



PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan 'ekstremis agama'.

Katanya jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, beliau berpendapat Ooi perlu meminta maaf, namun menurutnya bagi kerajaan negeri pula ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Lim berkata beliau bagaimanapun menyerahkan perkara itu untuk ditangani oleh Ooi sendiri, yang kini berada di luar negara.

Ooi yang merupakan ketua staf di Pejabat Ketua Menteri dilaporkan berkata ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Razali Abdullah adalah ekstremis agama kerana beliau dikaitkan dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Semalam Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum) turut menggesa Ooi memohon maaf kepada kaum Muslim dan meletak jawatan sebagai ketua staf pejabat Ketua Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam. Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Teryata ada di kalangan pemimpim2
pr banyak lagi orang2 yg berfahaman
sempit masih terpengaruh dgn midia
barat yg anti islam,mengikut panda
ngan mereka setiap pertubuhan yg memperjuangkan islam adala gerakan mnyukung keganasan . aliran pemikir
an ini bukan saja di kalangan orang2 yg bukan islam malah di kalangan
orang2 islam sendiri yg menyedihkan
ia dibajai oleh setengah2 pemimpim
kerajaan dan pembangkang yg jahil
tentang islam dan maklumat mereka
tenrang islam dan gerakan islam
melalui surat2 khabar tampa kajian
secara objektif. dan orang2 seperti
jeff Ooi banyak di malaysia,mereka
ini perlu di ajak bebingcang dgn
hikmah bukan dgn kutukan.kerana kut
ukan dan kecaman akan menguatkan la
gi keyakinan mereka bahwa gerakan yg berpaksi kan islam adalah perjua
ngan kearah menyukung keganasan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese