06 August 2009

Isu Arak: Kerajaan Negeri mampu selesaikan



Tidak ada polisi 'total ban' dalam hal penjualan arak, arak hanya haram kepada orang Islam sahaja sebagaimana dasar dalam Islam, jelas Setiausaha Agung PAS Pusat, Mustafa Ali berhubung isu penjualan minuman keras yang berlaku di Negeri Selangor sekarang.

Beliau yang telah menghubungi pimpinan PAS Selangor bagi mendapatkan perkembangan mutakhir itu, yakin bahawa isu tersebut dapat diselesaikan di peringkat negeri secara bijaksana bersama Tan Sri Khalid Ibrahim, selaku Menteri Besar.

"Sebagaimana penyelesaian masalah berjaya disaksikan di Kedah selepas dakwaan masalah wujud dalam Pakatan Rakyat Kedah awal Julai lalu," ujar Mustafa dalam satu sidang media khas di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Tegasnya, hatta di negeri Kelantan sendiri yang telah lama di perintah lama PAS pun tiada polisi 'total ban' dalam hal minuman keras ini. Malah, di Kelantan dan Kedah juga tiada larangan untuk menjual arak di kawasan-kawasan majoriti bukan Islam.

"Ertinya kita tidak pernah menghalang orang cina minum arak dan menjualnya dimana-mana tempat, kita (PAS) buat kaedah yang menjaga sensitiviti semua kaum" jelasnya.

Oleh itu, ujarnya polisi yang telah jalankan dibeberapa negeri sebelum ini supaya arak tidak dijual secara terbuka terutamanya di kawasan mojoritinya orang Islam dan hanya dijual di 'green area' sahaja, merujuk tempat seperti Petaling Street.

Beliau menegaskan dalam isu pengharaman penjualan minuman keras di Selangor itu, PAS di peringkat pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.

Ditanya tuduhan bahawa pimpinan PAS (kenyataan Hassan Ali) yang membelakangkan Perhubungan PAS Negeri, beliau berkata kenyataan dari dewan harisan PAS negeri boleh dikeluarkan mewakili perhubungan negeri sekiranya sesuatu isu itu memerlukan respon yang segera.

Tegas menolak dakwaan perpecahan Pakatan Rakyat Selangor yang sedang berhadapan dengan masalah dalaman serius itu, Mustafa turut memberitahu bahawa Pakatan Rakyat akan bersama dalam seminar untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang dijadualkan akhir bulan ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri dan kakitangan kerajaan supaya tidak membuat sebarang komen mengenai isu penjualan minuman keras di Selangor sehingga satu penyelesaian muktamad diputuskan Jumaat ini.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Shamsuri. - www.pas.org.my

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin