16 August 2009

Lim Guan Eng: Jangan Terlalu Selesa

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat supaya tidak memandang rendah pihak lawan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 ogos nanti.

Beliau berkata, Pakatan perlu bekerja dengan lebih keras dan jangan sesekali masuk ke perangkap pihak lawan.

Andaian Pakatan Rakyat mempunyai majoriti besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas bukan bermakna parti itu harus merasa selesa tetapi sebaliknya harus menggandakan usaha untuk mengekalkan DUN N11 Permatang Pasir.

Bercakap tentang kempen pilihan raya kecil itu, Lim berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen secara menyeluruh, iaitu dengan mengadakan ceramah atau mengadakan kempen dari rumah ke rumah atau menggabungkan kedua-duanya sekali.

Tambah beliau lagi, perkara yang paling penting ialah kerjasama dan kesepakatan yang padu dalam komponen Pakatan Rakyat bagi membolehkan parti tersebut kekal di kerusi Permatang Pasir serta tidak mengulangi kemenangan tipis di Manek Urai.

"Kita akan adakan kempen secara menyeluruh" kata Lim. TVA

1 comment:

Anonymous said...

kempen cam mana skali pun sape nak dengar? yang datang ke kempen2 ceramah2 yg mbosankan tu ahli sendiri dn juga org luar. apa barang harapkan orang luar?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese