20 August 2009
Guan Eng: Pengundi jadi penentu | Nizar
Guan Eng: Imej Bersih Calon Pakatan Bakal Realisasi Kerajaan Berjiwa Rakyat
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berbangga apabila Pakatan Rakyat dapat mengemukakan seorang calon yang bersih dari sebarang masalah integriti dan moral.
Menurutnya, keputusan Pas untuk mencalonkan Salleh Man bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mencipta sejarah menjadi negeri berjiwa rakyat.
“Calon kita mesti yang bersih jujur dan sedia khidmat pada rakyat, kita tidak mahu wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai dan makan duit orang. Tidak mahu wakil rakyat yang dipecat badan profesional kerana tidak jujur,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat.
Menurutnya, pembentukan kerajaan berjiwa rakyat memerlukan usaha bersama dan perkongsian prinsip yang satu bagi memastikan tradisi kepimpinan BN yang mengamalkan kerajaan kroni dapat dibasmi.
Guan Eng berkata beliau yakin masyarakat di Permatang Pasir sedia maklum mengenai usaha penubuhan kerajaan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.
“Saya percaya calon kita Salleh Othman memenuhi semua kriteria ini bersih, beramanah, cekap dan bertakwa kepada Tuhan. Ada pertikaian terhadap integritinya (Rohaizat) dan kita amat berbangga calon kita memenuhi syarat asas khususnya intregriti,”katanya.
Guan berkata pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Permatang Pasir untuk menentukan pemimpin jenis apa yang mahu mereka hantar mewakili warga Permatang Pasir ke Dewan Undangan Negeri.
“Kita tidak akan bersikap angkuh, kita akan yakin tetapi terus bekerja bagi memastikan kemenangan,” katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam semua!
Pengundi cuma alat yang menentukan kemenangan adalah Allah.Beristighfarlah kepada Allah sebanyak mungkin dikala usia semakin menghampiri kubur.
Wassallam.
Post a Comment