18 August 2009

Gobalakrishnan dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi dikenakan tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Pemimpin PKR pusat itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesnya akan disebut semula pada 28 September 2009

Beliau akhirnya dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2000.00. Beliau hadir dengan berkerusi roda serta tangannya berbalut.

3 comments:

ghostWRITER said...

lor... gi lepas watpa badut sarkas kepala dungga tew? dia tew bukan brapa nk betol..org suh pi pusat penamaan calon untuk namakan calon, bukan menjerit tak tentu hala, provoke penyokong PR...bodohlaaa... kena tangkap..edeh! padam muko..

pemerhati bebas said...

berani kerana benar, takut kerana salah, syabas YB Gobalakrishnan.

Anonymous said...

Syabas YB Gobala.....
Jng mudah takut ngan ANJING2 GILO...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese