18 August 2009

Calon BN Permatang Pasir Bukan Calon Pilihan?

Keputusan UMNO yang mengumumkan Rohaizat Othman sebagai calon mereka pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir tidak mendapat restu kira-kira 65 peratus ketua UMNO cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut.

Portal Malaysiakini melaporkan, tindakan itu berpunca daripada keinginan mereka yang mahu melihat ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh, Mohd zaidi Mohd Said sebagai calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Mohd Zaidi yang berada di tempat itu terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini.

Menurut portal itu lagi, sekiranya Zaidi yang dipilih sebagai calon, beliau dijangka dapat menarik sokongan pengundi Cina dan pengundi atas pagar.

Dalam pilihan raya umum lalu dianggarkan sebahagian besar pengundi Cina menyokong calon Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dan membolehkannya menang majoriti lebih 5,000 undi.

DUN berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain.

Umno pula mempunyai 24 cawangan di Permatang Pasir.

Memetik laporan Malaysiakini, Mohd Zaidi dikatakan disenangi pelbagai pihak termasuk dari kalangan pengundi bukan Melayu kerana beliau bekas guru manakala bapanya pula memang rapat dengan pengundi Cina di situ.

Malah kata sumber mereka, ketua-ketua cawangan dan ketua Pemuda cawangan berkenaan percaya BN mempunyai peluang untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

"Kerana itulah mereka mengharapkan Cikgu Mohd Zaidi (kanan) yang dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Permatang Pauh kali ini," katanya.

Malaysiakini melaporkan sumber mereka sebagai berkata, apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

"Ada yang bertanya-tanya'apa sudah jadi'...," katanya lagi.

Sumber portal itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya peluang Rohaizat dalam pilihanraya kecil itu pada 25 Ogos depan.

Bagaimanapun, katanya Mohd Zaidi telah menemui ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid bahawa beliau akan menyokong Rohaizat sebagai calon BN di situ. TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese