20 August 2009

Bekas rakan kongsi Rohaizat akan membuat kejutan pagi ini | Nizar

SIDANG AKHBAR

TEMPAT : Yayasan Aman Penanti
TARIKH : Khamis 20 Ogos 2009-08-20
BILA : Jam 10.00 pagi

AGENDA : Yusri bekas rakan sharikat guman Rohaizat calon Permatang Pasir akan menerangkan apakah sebenarnya kes lesapnya 161,000 ringgit duit Koperasi Getah.

Rakan guaman ini telah diberitakan sebgai orang yang bertanggung jawab diatas hilangnya duit sebanyak 161,000 ringgit ini.



PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi calon UMNO/BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamannya.

Bendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.

Dr.Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Petmatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.

”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam vceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese