23 July 2009

Ustaz Harun Taib: Saya kata secara umum, dia yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi.



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ada%20dua%20subahat%20dengan%20tidak.jpgKetua Dewan Ulama' PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib, menafikan kenyataan beliau berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang.

Katanya, beliau memberikan panduan secara umum sebagaimana menurut ajaran Islam berdasarkan hadis RasuluLlah SAW.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Dailog di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, petang tadi.

”Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, kita ada dua (pilihan) sebagaimana dalam hadis Rasulullah,

(Gambar - Ustaz Harun menjelaskan dlam Islam ada dua, subahat atau tidak, tinggalkan yang ragu kepada yang tidak ragu)

”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,

”saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar media perdana hari ini berkaitan perkara tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

Kaedah lama sering bergantung kpd kenyataan 'Jelas dan tak Jelas' sering diungkapkan.Idea ragu tak ragu dan pemilihan yang tepat ialah pilih yang tak ragu.Cakap-cakap usang sejak dahulu kala tanpa penyelesaian,maka ulamak pengecut selesa dengan idea begini.Sampai bila margin untuk mengecilkan yang ragu itu?

Anonymous said...

Tak guna cakap....apa erti umum-khusus.Kenyataan merapu dan pengecut dalam bentuk 'auta ilmu' mengelirukan.Sebab itu orang lebih suka Tuan Guru Nik Aziz daripada yang lain-lain.

Anonymous said...

PAS Terengganu patut pergi bungkus lah dan PAS Selangor patut ikut sama. Harakah dah tak payah baca lagi - mengarut aje.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin