25 July 2009

Ketua Muslimat Pusat di Kawasan Besut



PAS kawasan Besut berjaya menganjurkan program jamuan makan bersama pemimpin PAS Pusat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang hadir menemui masyarakat setempat di empat Majlis Tindakan Dun (MTD), seluruh kawasan parlimen Besut.

Ustazah Nuridah memulakan lawatan mulai jam 10 pagi di Kuala Besut, diikuti DUN Kota Putera bertempat di Markas PAS Cawangan Gong Bayor kemudian DUN Hulu Besut bertempat di Markas Kampung Lubok Kawah. Selepas Solat Jumaat di Masjid Padang Landak, DUN Jerteh. Di setiap DUN Ketua Muslimat menyampaikan ucapan sambil masyarakat setempat menjamu selera.

Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan iaitu dua ekor bagi setiap DUN, berjaya menarik begitu ramai masyarakat setempat dalam usaha PAS Besut mempertingkatkan gerak kerja bagi menarik sokongan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pada sebelah malam, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan Ustazah Nuridah menyampaikan ceramah di Pusat Tarbiyah Darul Ridwan Kampung Baru

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese