26 July 2009

Temu mata Tuan Guru Presiden dengan pimpinan PAS Kawasan Besut

Bergambar kenangan: Tuan Guru Presiden bersama AJK PAS Kawasan Besut.

Tuan Guru Presiden sedang menyampaikan amanat kepada pimpinan PAS Kawasan Besut.

Semalam pimpinan PAS Kawasan Besut terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kawasan, Urusan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat berkesempatan mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan PAS Kawasan Besut. Pertemuan yang diadakan selepas solat maghrib itu bersempena dengan kehadiran Tuan Guru Presiden ke kawasan Besut bagi menyampaikan ceramah perdana beliau bertempat di Belakang Masjid Bandar Jerteh.

Dalam kesempatan itu Tuan Guru Presiden sempat menyampaikan amanat pada pimpinan kawasan Besut yang hadir disamping menjawab tiga soalan yang dikemukakan kepada beliau. Majlis ini diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan sedikit jamuan ringan. Lagi gambar: malaysiaberih.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Majlis perjumpaan 'ayam Kalah' di Besut yang kelihatan muram.....sampai bila begini.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin