21 July 2009
Pemuda Pakatan serah memo pada PM
Kira-kira 20 wakil Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teo Beng Hock.
Wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dewan Pemuda PAS dan Pemuda DAP (Dapsy) itu menyerahkan memorandum tersebut di pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai Najib. Perdana menteri pulang pagi ini selepas menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-15 di bandar peranginan Sharm El-Sheikh, Mesir.
Ketua Dapsy, Anthony Loke berkata, polis tidak mempunyai akauntabiliti untuk menyiasat kes kematian Teoh kerana mereka sendiri berdepan dengan masalah kematian tahanan dalam lokap polis.
Oleh itu, katanya, hanya suruhanjaya diraja sahaja yang boleh menyiasat kes kematian Teoh secara bebas.
Malah, katanya, menteri dari Umno, Datuk Seri Rais Yatim dan pemimpin Pemuda MCA turut menyokong desakan penubuhan suruhanjaya diraja itu.
Katanya, ini menunjukkan bahawa menteri-menteri BN sendiri tidak mempunyai 100 peratus keyakinan terhadap siasatan polis.
"Ini menyokong lagi desakan kami (ditubuhkan suruhanjaya diraja)," kata Loke. Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment