21 July 2009

Anwar Buat Laporan Pemalsuan Bukti

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dua aduan polis berhubung kenyataan - kenyataan palsu yang terdapat dalam afidavit pihak pendakwaan berhubung kes liwatnya dan juga tiada tindakan konkrit berhubung aduannya terhadap peguam negara, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar membuat kedua -dua laporan berkenaan di balai Damansara Utama, Petaling Jaya awal petang ini.

Aduan pertama berhubung pendirian panel tiga hakim bebas SPRM yang menilai hasil siasatan terhadap Abdul Gani. Seorang daripada anggota panel itu mendapat terdapat kes jenayah terhadap peguam negara.

Bagaimanapun afidavit bertarikh 30 Jun yang disediakan oleh seorang pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razak dan timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakariah itu menyebut ketiga-tiga hakim tersebut mendapati tiada kes terhadap Abdul Gani.

"Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam afidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan dalam prosiding mahkamah nanti.

"Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu." kata Anwar.

Laporan polis yang kedua dibuat oleh mantan timbalan perdana menteri itu pada hari ini menjurus kepada pemalsuan fakta oleh polis dan kerajaan di Parlimen berhubung status laporan polis yang dibuat oleh beliau di Balai Polis Damansara bertarikh 20 Februari 2009.

Laporan itu mendakwa Abdul Gani dan Tan Sri Musa Hassan yang terlibat dalam pemalsuan laporan polis berkaitan dengan tangkapan dan penahan beliau pada 20 September 1998.

Datuk Seri Anwar berkata Menteri Dalam Negeri telah memberitahu Parlimen bahawa kes itu disiasat oleh SPRM, namun agensi itu mendakwa kes itu diserahkan kepada polis.

"Dalam erti kata lain, ada pihak-pihak tertentu dalam PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah memesongkan parlimen dengan memberikan kenyataan palsu yang telah disampaikan oleh Dato' Seri Hishamuddin Hussien," kata Anwar. TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese