28 July 2009

Pemimpin BN berselindung di sebalik kuasa SPRM

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - Pemimpin Umno tidak perlu lagi berselindung di sebalik kuasa yang dimiliki agensi kerajaan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Baharum berkata, tindakan seumpama itu tidak mencerminkan semangat sebenar sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Namun malangnya hari ini kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih gemar menggunakan agensi kerajaan seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah bagi mengekang kebangkitan Pakatan Rakyat.

"Kalau benar-benar mereka berani jangan menggunakan agensi kerajaan dan berdepanlah gentlemen dengan Pakatan Rakyat," katanya pada ceramah di Jertih malam kelmarin.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilaporkan berkata, pemimpin BN akan memerangi Pakatan Rakyat habis-habisan. �

Dr Badrul Amin berkata, Pakatan Rakyat sedia menyahut cabaran Naib Presiden Umno asalkan melalui sistem demokrasi dan bukannya menggunakan perkakas kerajaan.

Kata beliau contoh yang jelas dapat dilihat apabila Umno menggunakan agensi kerajaan dalam kes membabitkan pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam siasatan SPRM.

Beliau berkata, hasil bedah siasat doktor ke atas mayat Beng Hock dikatakan tiada kesan pecah kepala atau tompokan darah pada lantai mendiang ditemui.

Oleh itu beliau yang juga bekas pensyarah kanan undang-undang di UIAM percaya Beng Hock tidak membunuh diri berdasarkan penemuan mayat tersebut.

Mendiang disoal siasat berkaitan kes anggota Exco Selangor membeli 1,000 helai Jalur Gemilang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,300. - Ramli Yamat

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese