28 July 2009

PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya�pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa PAS Besut baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, berikutan krisis dalaman Umno, PAS Terengganu diberi layan istimewa oleh Menteri Besar terutamanya menyelesaikan hak milik tanah yang telah dilulus kerajaan PAS namun dirampas kerajaan BN di bawah Idris.

"Dato' Mad berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang bertindih dengan menyerahkan kembali hak milik berkenaan kepada pemilik asal.

"Menteri Besar bersetuju berbuat demikian sebagai menghargai sokongan Adun PAS Terengganu bagi menyelamatkan daripada undi tidak percaya dibawa Adun BN," ujarnya.

PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu. - Ramli Yamat

2 comments:

Anonymous said...

Aku kadang jemu dengan lagak pimpinan PAS terutama di Besut.Sifat mata cerlung kpd UMNO macam nak telan kerana marah dan benci masih ada.Fail begini pastilah PAS Besut kalah lagi dlm PR13 nanti.Aku setuju dengan nasihat Presiden PAS tu supaya mendekati orang UMNO.Tapi bimbang juga jika dekati UMNO....orang PAS pulak terpaut kpd UMNO.Akhirnya penyokong PAS gaduh sama sendiri.....

Anonymous said...

PAS Terengganu tak usah nak angan-angan le. Kalau nak dekati UMNO hingga sanggup isi borang UMNO pun tak akan menang.
Selagi PAS dipimpin oleh orang-orang yang senang berbohong lagi sombong maka PAS tidak akan menemui kejayaan, dulu,kini dan selama-lamanya.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin