27 July 2009

Muhyiddin perlu bawa cadangan Tok Guru Nik Aziz ke Kabinet bukan MT Umno



“Kenyataan Tok Guru menggambarkan kerajaan Kelantan untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi kepentingan rakyat kelantan. Malah Saya kira kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini juga menggambarkan kesediaan kerajaan di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat, tak timbul isu antara PAS dengan Umno atau Pakatan Rakyat dengan BN. Yang disaran oleh Tok Guru adalah konsep kerjasama G to G bukan antara parti dengan parti,” kata Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz, Tok Guru hanya menyatakan bersedia mengeratkan kerjasama dan berlapang dada bagi memperbaiki hubungan kerajaan negeri dan pusat.

Sebaliknya, media dan pemimpin Umno membuat tafsiran yang salah dan memainkan isu kononnya ia antara parti, walhal mengikut Tok Guru kerjasama itu hanya membabitkan kerajaan negeri dan pusat.

Ia katanya adalah untuk mendapatkan hak yang telah disekat oleh kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan 20 tahun lalu.

Mahfuz berkata demikian hari ini mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno yang memainkan isu kononnya PAS mahu bincang kerjasama atau muafakat dengan Umno.

“Lebih-lebih lagi selepas sejak tahun 1990 (sejak PAS memerintah Kelantan), kerajaan Umno/BN telah mendiskriminasi kerajaan PAS di sana.Kini ia diteruskan lagi dengan penafian royalti minyak kepada Kelantan.Begitu juga kepada kerajaan Pakatan Rakyat lain di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” katanya

1 comment:

pria malaya said...

setuju dgn saranan yg dilontarkan oleh sedara mahfuz.....

nampak sangat umno xikhlas dlm isu ni..ambil kesempatan dgn putarbelit kenyataan..

kalau betul nk wujudkan perpaduan, kesepakatan...wujudkan dulu hubungan yg baik dgn negeri2 tadbiran pembangkang, beri hak dan kesamarataan kpd negeri2 terbabit sebagaimana dirangka dlm perlembagaan..

pulangkang apa yg sudah dinafi dan dirampas dari kelantan sebelum ini kpd tuannya...itupun jika umno ikhlas, jika tidak, lupakan bicara soal perpaduan antara parti...krn umno ternyata tidak bersedia kerah itu..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese