27 July 2009

MAGARAN berdemonstrasi jika GMI berdegil



Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar membatalkan himpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara 1 Ogos ini.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, jika GMI masih berdegil untuk meneruskan hasrat mereka, pihaknya juga akan turut menganjurkan perhimpunan balas pada hari yang sama - juga di tiga lokasi sebagaimana diputuskan GMI untuk menyokong penggunaan ISA.

"Jika GMI berdegil, maka Magaran juga akan turun berdemonstrasi di jalan raya untuk mengokong ISA pada jam 11 pagi.

"Oleh itu, MAGARAN memberi amaran kepada GMI agar jangan bertindak bodoh mendesak kerajaan menghapuskan satu akta yang telah terbukti dapat menjamin keamanan negara," katanya dalam sidang media pengumuman penubuhan Magaran di sini hari ini.

Magaran disertai oleh 56 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese