20 July 2009
Kes Teoh: Desak Pengarah SPRM Selangor letak jawatan, ramai percaya Beng Hock dibunuh.
Kenapa Teoh nak terjun bunuh diri? Tak logik! Kenapa berehat dulu, tak balik terus?
Itulah antara persoalan yang dikemukakan semula oleh orang ramai ketika diminta memberi pendapat mereka berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bangunan Plaza Masalam, Khamis lalu.
Mereka hairan dengan insiden yang menimpa Teoh dan merasakan ada sebab-sebab tertentu disebalik penemuan mayat Teoh yang dipercayai jatuh dari tingkat 14, selepas disoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selama hampir 10 jam.
Justeru, langkah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu, disokong penuh oleh orang ramai.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja, Azmizan Zaman Huri sangat bersetuju dengan petisyen itu kerana kes ini jika difikir secara logik, tiada orang yang sudah disiasat akan tinggal lagi di pejabat SPRM dengan alasan nak berehat tidak masuk akal.
Katanya, banyak persoalan yang timbul sehinggamana patut hantar satu petisyen supaya kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes ini dengan memerlukan badan bebas menyiasat untuk memastikan ketelusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Seorang lagi penduduk dari Bandar Sunway, A. Balakrishnan yang ditemui berkata semua yang berlaku dengan alasan yang tidak munasabah itu tidak boleh diterima, mereka yang bertanggungjawab perlu memberi jawapan atas apa yang berlaku.
Sehubungan itu, Perhimpunan Memperingati kematian Teoh Beng Hock di Stadium Kelana Jaya, petang tadi merumuskan satu petisyen menuntut keadilan berhubung kejadian ini.
Antaranya, mereka mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat kejadian ini, mendesak Pengarah SPRM Cawangan Selangor meletak jawatan serta merta dan meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz memohon maaf berhubung kenyataannya yang mengatakan Teoh terjun membunuh diri.
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri lebih 3,000 penduduk ini, turut melancarkan kempen mengumpul 10,000 tanda tangan daripada orang ramai sebagai sokongan terhadap usaha yang dilakukan.
Orang ramai yang ditemui menyokong penuh petisyen berkenaan dan bersetuju supaya sebuah badan bebas diwujudkan untuk menyiasat insiden ini, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Petisyen ini menunjukkan rasa bersama rakyat, kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku, walaupun ini bukan pertama kali berlaku, tetapi kali ini terlalu serius kerana melibatkan pembunuhan berunsur politik, dan terjadi secara diskriminasi dibuat oleh pihak SPRM, dan ia dilihat terlalu menuju kepada adun-adun Pakatan Rakyat, bangsa cina dan ini menimbulkan kemarahan, petisyen ini patut dijalankan,” kata Latheefa Koya, Ketua Penerangan PKR dari Kelana Jaya
Queenie Khoo dari Kuala Lumpur yang ditemui menyatakan bahawa petisyen itu memang perlu ditandatangani dan beliau menyokong penuh kerana apa yang berlaku kepada Teoh tidak adil dan sebagai rakyat Malaysia, perlu menghentikan emosi ini dan mengetahui perkara yang benar.
“Sangat setuju pasal petisyen itu untuk kita menegakkan keadilan mencari sesuatu sebelum ini yang kita tak tahu, yang tersembunyi disebalik kerajaan dahulu, jadi ia sesuai sangat dengan adanya petisyen ini,” kata Wahida Yahya dari Bangi.
Sementara itu, Badaruddin Dawam dari Shah Alam turut akan menyokong segala tindakan yang dilakukan kerajaan negeri Selangor dalam memberi keadilan yang hakiki terhadap kematian Teoh Beng Hock dan katanya, isu keadilan tidak kira parti apa. TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment