04 July 2009

Kes Liwat Anwar Ditangguh buat Kali Ketiga



Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dibekalkan dengan dokumen berkaitan tuduhan kes liwat yang dihadapinya terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila peguamnya Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat.

Beliau yang mengetuai barisan pembelaan meminta penangguhan daripada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan rawatan perubatan kerana mungkin kepenatan selepas mengendalikan kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan sejak Isnin lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 8 Julai untuk mahkamah mendengar permohonan tersebut.

Pada tarikh itu, selain mendengar permohonan mendapatkan dokumen berkaitan, Hakim Mohamad Zabidin juga dijadual mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya.

Ini merupakan kali ketiga permohonan tersebut ditunda. Permohonan itu sepatutnya didengar pada 22 Jun lalu tetapi dipinda ke 1 Julai lepas sebelum ditukar ke hari ini setelah Mahkamah Rayuan yang ketika itu mendengar rayuan Anwar membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi atas permintaan pihak pembelaan.

3 comments:

Anonymous said...

orang bersalah memang cari alasan.takut kerana salah. pas sedarlah dari tidur.

Anonymous said...

helo bro, usah sabitkan dgn orang lain pulak. kau yang patut sedar atau kau memang dari species yang tak mahu sedar sejak dulu dan selama-lamanya. maaf ya.

Anonymous said...

helo bro 2:01 gua ni ahli pas yang dah sedar. gua tak suka ulama gua tak percaya pada umno tapi percaya pada ahli umno yang kena reject dan kafir DAP. simple je bro. lagi satu isu kat lakunan pas je bro. tak kan tak bincang dulu dengan DAP sebelum ambil tindakan. parti gua tengah ikut politik anwar. bakar semangat melayu untuk manik urai. lu fikir la bro. ini semua kerja PKR, pas jadi pak turut. mana prinsip.nabi tak suruh menipu untuk sukses.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese