04 July 2009

Pengebumian Jenazah Michael Menjadi Persoalan



Teka-teki bagaimana Micheal Jackson akan dikebumikan terjawab dengan penemuan wasiat yang baru ditemui oleh keluarganya. Pengkembumiannya dibuat di Staples Center L.A Selasa ini.

MIchael JacksonLOS ANGELES - Michael Jackson telah beragama Islam . Ikon muzik pop terkenal dunia itu beragama Islam dan berkemungkinan besar akan dikebumikan mengikut cara Islam .

"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor aceshowbiz.

"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.

Terdapat banyak permintaan dari peminat dan blog-blog yang mana penulisnya beragama Islam meminta Allahyarham dikebumikan cara dan ditanah perkuburan Islam. Namun sehingga kini masih menjadi persoalan.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese