07 June 2009

Talks with UMNO never been about working together, says Nasharuddin



thestaronline.tv: Continuing partys agenda

After his third win as PAS' deputy president, Nasharuddin Mat Isa said that the party has never closed its doors for open discussions with anyone, whether it be political parties or non-government organizations, NGOs.

6 comments:

Tinta Hitam said...

Then what were they discussed about?

Anonymous said...

I am beginning not to trust this guy. He is twisting his words around. Is it just bcoz he is a lawyer. The people outside who voted for PAS want to hear him saying no to UMNO-period.
If he doesn't clarify this soonest, will see him in the next PRU!!!
This is peoples' war and the campaign will be NO to PAS.

Unknown said...

I dont trust these Ustazs anymore - and they dare call themselves ulama ? Do you think Malaysian voters are fools ?

serupasekala said...

NASHARUDDIN CAKAP LAIN . PRESIDEN CAKAP LAIAN MACAMA MANA NI !

Tema Muktamar ialah Islam Memimpin Perubahan. Ada pemerhati yang cepat-cepat mencelah tema itu sebagai Islam (PAS) memimpin Pakatan. Dan yang ketara selain daripada slogan itu ialah pengumuman perancangan PAS untuk membina Pusat PAS di Putrajaya, memperluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak dengan lebih bersungguh-sungguh, dan penerimaan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam sebagai salah satu sayap parti yang rasmi. Dan sebaik sahaja selesai ucapan dasar; semasa mengadakan sidang akhbar hari itu Hadi terus mempertahankan pependiriannnya supaya PAS meneruskan usaha menyokong konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government), iaitu berkerjasama dengan Barisan NasionalUMNO. Sedangkan dia tahu perasaan Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS dalam hal ini. yang kelihatan tidak begitu bersetuju dengan saranan Dato’ Seri Hj Hadi. Namun tanpa gentar, ia tetap diluahkan oleh beliau dengan penuh yakin. Sekaligus mempamerkan ketegasan dan keyakinannya, tetapi bagi saya, Hadi telah menjadi terlalu yakin (Overconfident).

Posted by: myzaidibrahim on: June 7, 2009


SAYANG SERIBU KALI SAYANG.
ANDAIKATA DATO PRESIDEN PAS BERHAJAT DENGAN KERJAAAN CAMPURAN DAN KALAULAH IA BERLAKU MAKA SEKALI LAGI PERPECAHAN DALAM PAS AKAN BERLAKU.
SAPERTI SEJARAH SEMASA DATUK MOHD ASRI DULU JADI PRESIDEN PAS.
LAMBAT LAUNG PAS AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI.
WAHAI AJK YANG BARU DILANTIK NASIHATLAH KEPADA YB DATO PRESIDEN . ABAIKAN SAHAJA NIAT DENGAN KERAJAAN CAMPURAN BERSAMA UMNO DEMI KEHORMATAN PAS.
SUDAH CUKUP DENGAN SEJARAH DIMASA LAMPAU

Anonymous said...

setuju dengan tinta hitam..xmo join tp sibuk nak diskusi untuk apa?

dulu masa kecoh-kecoh beriya-iya nafikan bila dah terbongkar cari alasan pulak

la ni..diskus x semestinya nak join..dah xmo join yg diskusi utk apa? baik diskus dengan memang dah semeja dengan kita

Sebal said...

salam, baca aje posting ni..gue copy paste..
Monday, June 8, 2009
NAK CAKAP PASAL NAQIB (BUKAN NAJIB)
Assalamulaikum,


Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala' pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

Tradisi ini , metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul 'am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul 'am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala' kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala' kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul 'am. Hendaklah mereka wala' kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.

Termasuk timbalan presiden.

Termasuk presiden.

Posted by Hamirdin b Ithnin at 11:30 PM

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese