09 June 2009

Henti Polemik Kerajaan Perpaduan, Tumpu Pada Manek Urai



Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menggesa semua pihak untuk menghentikan polemik mengenai cadangan diadakan rundingan antara PAS-UMNO, mahupun saranan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Rakyat.

Mustafa sebaliknya mahu semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat memberi tumpuan memastikan gagasan itu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai pada pilihanraya kecil bulan depan dengan majoriti menyakinkan.

Idea penubuhan kerajaan perpaduan BN-PR dilontar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjadi antara isu yang hangat dibahaskan pada muktamar parti itu di Shah Alam minggu lalu.

Datuk Mustafa berkata PAS tidak mencari sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah mempersiapkan diri untuk menghadapi tonggak Barisan Nasional itu pada pilihanraya kecil Manik Urai 14 Julai ini.

Mustafa berkata Abdul Hadi telah melontar ideanya itu pada Jawatankuasa Kerja Pusat tetapi cadangan mengenai kerajaan perpaduan itu tidak dibincangkan secara terperinci atau diangkat sebagai agenda rasmi parti PAS.

Idea itu masih wujud tetapi hanya “sebagai satu konsep,” kata Mustafa.

Mustafa berkata PAS tetap komited untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO.

Beliau berkata cadangan Abdul Hadi hanyalah untuk diadakan muqabalah dan “kami akan terus mengadakan muqabalah dengan semua pihak,” tambah Mustafa.

7 comments:

serupasekala said...

BAB INI ORE KELATE SENSITIF . DIA ORANG BOLEH BAGI UMNO MENANG DAN DIA ORANG BOLEH BAGI UMNO KALAN.

POHON KERJASAMA PUCUK PINPINAN PULIH KEADAAN INI.

KALU NAK MENANG MANIK URAI.

Anonymous said...

Mana boleh nak ada konsep kerajaan perpaduan dan sekaligus pula nak lawan UMNO .

kalau dah terlior dengan jawatan sila terus masok UMNO.

Nanti pr13 PAS terkubur.Rakyat pun boleh buat u-turn juga.

Masalah di perak pun belum selesai dah nak buat kerajaan perpaduan pula.

PAS dah pening.Jom keluar beramai2 masuk Keadilan .

Anonymous said...

Memang kami bercadang nak keluar,biar depa buat perpaduan.
Kita guling PAS dan UMNO sekaligus.

Anonymous said...

kita kalahkan PAS di Manik Urai dulu.

kuasa di tangan kita.
kita ajar PAS pula.

HaHs said...

Kalo Manek Urai tu kat Trgganu, dah lama aku pakat boikot. Tapi sbb negeri ni Tok guru yg pertahankan negeri Kelantan, PAS dan PR. Aku kena sokong! Tp tunggu lah korang wahai Muqabalah, jgn sampai perwakilan diminta buat undi tak percaya tolak group korang, baru korang tau!!!!

Sebal said...

ikut aje saranan cikgu Pa and Timbl president...takada UG..

Anonymous said...

kesian tok guru.
aku pun gitu,kalau manik urai di terangganu dah pasti ku boikot.

kokok berderai2 ,ekor penoh taik.

dulu serang UMNO macam2 : rasuah , tauguht la , maha firaun la,sampai ke munafik , hilang akidah la.Seribu mak nenek.Tiba2 menganggap disitulah adanya jalan perpaduan.


apa ke ni ?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin