Keretakan itu dikhuatiri akan menjadi lebih teruk sekiranya langkah segera tidak diambil.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, ketika dihubungi enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung keretakan atau kebocoran di Stadium Tertutup.
"Saya tidak menerima sebarang laporan daripada Jabatan Kerja Raya mahupun pengurusan stadium berhubung kebocoran mahu pun keretakan yang didakwa berlaku," katanya.
Dua daripada tiga bangunan tersebut iaitu kolam renang dan kini stadium tertutup dilaporkan mempunyai kecacatan yang melibatkan soal keselamatan.
Pusat Akuatik atau kolam renang Batu Burok telah dilaporkan bocor oleh pelbagai media, namun sebelum siasatan penuh dilakukan, Ahmad Said yang melakukan lawatan mengejut tiba-tiba mengesahkan tiada kebocoran berlaku.(Gambar - Foyer yang dilaporkan retak)
Namun beliau mengakui terdapat kecacatan pembinaan dan penggunaan bahan yang tidak sesuai menyebabkan besi tiang atap kolam renang tersebut berkarat.
Kini tinggal Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang belum dilaporkan mengalami kecacatan walaupun sebelum ini lampu panduan penerbangan dan ‘jetway’atau jambatan laluan penumpang masuk kedalam kapalterbang dilaporkan mengalami kerosakan. Buletinonline
No comments:
Post a Comment