04 June 2009

Perwakilan PAS Perak Sambut 1 Gelita Perak



pas youth perak delegates wear black shirt and armbands 040609 0417 Perwakilan Perak menarik perhatian ramai pada Muktamar Dewan Pemuda PAS apabila memakai baju kemeja hitam serta memakai pengikat lengan bertulis 'Bubar Dun'.

Dalam sidang media yang diadakan sewaktu majlis berhenti rehat, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salleh menjelaskan mereka berpakaian hitam sebagai simbolik agar Dun Perak segera dibuabrkan.

Jelasnya, sebagai tanda bantahan tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan melancarkan kempen bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan memakai pakaian hitam setiap hari Sabtu kepada seluruh ahli PAS khasnya terutama pemuda dan rakyat negeri Perak amnya yang cintakan demokrasi.

"Kempen ini bertujuan untuk mendesak supaya Barisan Nasional (BN) Perak untuk membubarkan Dun Perak dengan segera, oleh kerana usaha jahat mereka merampas pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada awal bulan Februari yang lalu.

"Hanya pilihan raya negeri yang baru adalah jalan keluar daripada krisis politik Perak ini. Disebabkan itulah mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya negeri kerana ingin terus memerintah walaupun rakyat negeri Perak telah menolak mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese