
"Ia merupakan satu lontaran kepada masyarakat Malaysia bagaimana PAS sebagai sebuah organisasi politik yang dilihat beredar mengikut zaman dan masa," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di Shah Alam.
Nasharuddin berkata, sekurang-kurangnya, terdapat "dua perkara besar" yang akan diumumkan sempena pilihanraya negeri negeri di Sarawak sebagai tapak untuk parti itu maju ke hadapan.
Bagaimanapun, dalam ucapannya itu, Nasharuddin tidak menyatakan kejutan yang dimaksudkan.
"Kejutan apa... tunggu sikit masa lagi, " kata beliau yang juga ahli Parlimen Bachok.
Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Nasharudin berkata kejutan tersebut merupakan pendekatan yang akan digunakan dalam kempen pilihanraya negeri di Sarawak.
2 comments:
nak buat surprise kat sarawak?
sebelum gi sarawak, tolong turun parlimen sendiri dulu,
Bachok, kelate.
rasanya tak pernah atau jarang nampak ustaz nasarudin turun ke kampung kandis, bachok,kelate
Buat nate apa gi Bachok ? Jika mu ikhlas undi tak payah ungkit-ungkit.
Post a Comment