25 June 2009

Pertembungan anak tempatan di Manek Urai

Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen di Manek Urai. Bagaimana pun bermula hari ini strategi ini telah diubah bersesuaian dengan keadaan semasa dimana menurut Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan poster Dato Seri Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang juga akan dinaikkan bila-bila masa. "Hanya menunggu poster tersebut tiba dari KL", kata beliau sebentar tadi.

Siapa anak tempatan yang akan diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 6 Julai ini semakin hangat diperkatakan dan beberapa nama sudah terpilih menjadi sebutan.

Bagi UMNO tiga nama yang disebut-sebut terse-narai termasuk anak kelahiran Guchil, Ketua Pe-muda UMNO Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat; Naib Ketua UMNO bahagian, Che Jalal Muda dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Azizudin Hassan.

Namun antara tiga nama itu, Tuan Aziz anak kepada veteran UMNO iaitu Ketua Cawangan UMNO Kuala Krai, Tuan Mat Tuan Sulong dikatakan menjadi pilihan utama berdasarkan pengalaman beliau selama ini dalam parti di Kuala Krai dan merupakan graduan Universiti Teknologi Malay-sia (UTM) dalam jurusan Pengurusan Teknologi.

Difahamkan calon yang dipercayai bakal memberikan saingan kepada Pengurus Kesedar itu yang kini baru berusia 39 tahun setakat ini adalah pemborong ikan di Kuala Krai iaitu Fauzi Abdullah, 50-an yang juga Bendahari Pas Kuala Krai sejak kira-kira empat tahun lalu.

Berdasarkan sumber, Fauzi anak kelahiran Guchil adalah Pengarah Majlis Tindakan DUN Guchil dan cukup dikenali di kalangan penduduk kawasan itu serta aktif dalam perjalanan akar umbi parti kawasan berkenaan selama ini.

Pas dilaporkan akan mengumumkan calon mereka pada Jumaat ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka turut hadir pada majlis di Markas Pas Manek Urai Lama itu.

Beberapa nama lain juga disenarai termasuk calun PRU pada 2004 lalu, Mohd Zamzuri Mat Lazim dan Setiausaha Pas kawasan Kuala Krai, Mohamad Harun.

Walaupun pelbagai andaian dibuat untuk kriteria calon terbabit namun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan perbezaan usia bukan menjadi penghalang untuk mereka memberikan saingan dalam pilihan raya kecil itu.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin