30 June 2009

Penahanan suspek kes ‘anti rosmah’: Pemerhati sifatkan kronologi sama seperti kes A. Kugan

Pemerhati dan penganalisis kes-kes tindakan dan salahlaku polis menyifatkan kronologi kes tangkapan Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin b. Ahmad Rosli sama seperti yang berlaku kepada kes mendiang A. Kugan tempoh hari.

“Saya lihat seperti ada persamaan antara dua kes ini kalau melihat kepada kronologinya,”ujar seorang pemerhati Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang tidak mahu namanya didedahkan.

Pemerhati tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan bagi mengelakkan mengganggu siasatan polis.

Beliau menjelaskan kejadian yang berlaku kepada mendiang sama seperti yang berlaku kepada Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini.

Dalam kes suspek curi kereta mewah itu, pihak polis gagal memaklumkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat mendiang dalam masa 24 jam setelah dia ditahan.

Mendiang didapati mati dalam tahanan dengan kesan kecederaan walaupun laporan bedah siasat melaporkan punca kematian ialah paru-paru berair.

Menurut kenyataan akhbar berkaitan kes mendiang, presidan Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan, “tindakan pantas dan serius oleh pihak berkuasa, termasuk siasatan segera, adil, telus dan menyeluruh terhadap kematian dalam tahanan oleh sebuah jawatankuasa bebas” diperlukan.

Beliau juga berkata tragedi seumpama ini menimbulkan keperluan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas mengenai Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Dalam pada itu, kematian suspek curi kereta mendiang ketika dalam tahanan polis dikategorikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Januari lalu sebagai kes bunuh, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T. Murugiah.

Terdahulu, Izzuddin Himi dan Sharuddin Rosli ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya.

Polis tidak memaklumkan berkenaan penahanan mereka kepada waris terdekat.

Ditanya respon ibu bapa OKT berkenaan persamaan kronologi kes penahanan mendiang A. Kugan, mereka menolak untuk menjawab.

Walaubagaimanapun, bapa Izzuddin, Mohammad Zaini hanya mampu menyatakan ‘kami mampu berdoa pada Allah’. -umtoday

1 comment:

kamal said...

hurmm...
sapa suruh buat jahat? kugan tu penjenayah.. at least one of them.. kalau x dari mana pulak polis dapat maklumat nak tangkap dia? india sebelah rumah aku x kena tangkap pun? sebab apa? sebab dia x pernah terlibat dengan jenayah... x pernah buat salah.. sebab apa kugan mati kita x tau.. kita xde kat situ saudara.. siapa yang berani pilih jalan hitam kena berani tanggung akibatnya.. saudara mengutuk kerajaan setiap hari.. kalau kerajaan ni betul2 sezalim firaun dah lama saudara ni dikenakan tindakan.. but u never think, coz ur judgement is clouded by fanatism.. fanatik membabi buta... by the way berjaya ke kumpul 100,000?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese