30 June 2009

Kepung Karpal: 4 Ketua Pemuda Umno didenda RM1,000



Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenakan denda RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda Umno Selangor yang telah mengepung Pengerusi DAP Karpal Singh di Parlimen Februari lalu.

Mereka ialah Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Selatan, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

Mereka didenda mengikut peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Dalam pada itu lapan anggota Dewan Rakyat termasuk tiga daripadanya ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dikenakan 'hukuman' pencelaan yang enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu.

Selain Karpal sendiri, mereka yang merupakan saksi ialah Fong Po Kuan (Batu Gajah), Lim Lip Eng (Segambut), N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang, Datuk Kamarudin Jaffar dan R. Sivarasa.- mStar

1 comment:

pria malaya said...

Sekarang dah tahu, siapa yg samseng tak bertempat..dekat dewan yg mulia, dengan OKU pulak 2..alahai PEMUDA umnooOO...he2..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/kepung-karpal-4-ketua-pemuda-umno.html

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin