21 June 2009

PAS Besut bantu kempen di Manek Urai

BESUT, 21 Jun (Hrkh) - PAS Besut tidak ketinggalan turut membantu kempen calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, 14 Julai ini.

Mantan Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato� Husein Awang berkata, petugas PAS Besut akan berkampung bersama petugas PAS kawasan dari seluruh Terengganu di peti undi Laloh bermula 23 Jun ini sehingga hari pilihan raya.

Katanya seramai 10 petugas dari Besut yang terdiri daripada empat ahli jawatankuasa PAS, empat muslimat dan dua pemuda akan berkampung di Manek Urai mulai tarikh tersebut.

Beliau berkata, petugas PAS Besut diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Hassan Salleh akan bertugas selama empat hari di peti undi berkenaan dan selepas itu mereka akan diganti petugas lain sehingga hari mengundi.

"Selain petugas tetap, PAS Besut mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong PAS bagi membantu kempen calon PAS di kawasan peti undi Laloh," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di sini, baru-baru ini.

Sementara itu pada mesyuarat tersebut PAS kawasan melantik Hussein Awang sebagai Pengarah Dun Jertih, Aminuddin Mohd Ali (Pengarah Dun Kuala Besut), Salahuddin Jaffar (Dun Hulu Besut) dan Ustaz Abdul Aziz Abbas (Dun Kota Putera).

Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Besut, Haji Adam Said dilantik sebagai Setiausaha PAS Besut yang baru menggantikan Ustaz Mohd Zaid Yusuf.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese