17 June 2009

Pembelaan Nizar Di Mahkamah Persekutuan Terjejas



Rayuan Dato' Seri Nizar Jamaluddin terhadap keputusan mahkamah rayuan mengisthiarkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak terjejas terjejas ekoran tindakan panel tiga hakim berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis keputusan mereka.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Nizar berkata ulasan keputusan kehakiman itu penting bagi membolehkan peguamnya menyiapkan pembelaan rapi untuk Mahkamah Persekutuan yang akan memberi keputusan muktamad.

“Saya sendiri dan peguam saya telah menghantar tiga surat mudah-mudahan mereka memberi ulasan tersebut supaya kami boleh buat rayuan ke mahkamah persekutuan. Tetapi sehingga ke hari ini, ulasan itu tidak kelihatan,” kata Nizar.

Hakim Dato’ Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Dato’ Zainun Ali dan Hakim Dato’ Ahmad Maarop di Mahkamah Rayuan mencapai keputusan kontroversi dengan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Mereka mengambil lima minit untuk menyampaikan keputusan itu secara lisan dan telah berjanji untuk memberi hujahan bertulis kemudian untuk membolehkan Nizar mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Mengikut amalan standard badan kehakiman, tiga hakim berkenaan mempunyai 30 hari untuk menghasilkan ulasan keputusan kehakiman. Ini bermakna tinggal dua hari sahaja lagi untuk mereka mengemukakan dokumen berkenaan.

“Mengikut peraturannya kita kena hantar permohonan dalam masa 30 hari. Kami terpaksa buat permohonan pada minggu ini. Saya telah arahkan peguam untuk hantar permohonan, walaupun tidak ada ulasan. Bayangkan bagaimana kami nak rangka soalan, dan meneka pemikiran hakim-hakim. Jadi, kami menuntut keadilan,” kata Nizar.

Nizar berkata kelewatan mendapatkan penghakiman bertulis tidak sepatutnya wujud kerana Mahkamah Rayuan sebelum ini membuktikan mukjizat dengan meluluskan rayuan Dr Zambry dalam masa kurang dari 24 jam.

Mahkamah itu menyegera dan meluluskan permohonan Dr Zambry membekukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

“Keputusan dari mahkamah rayuan itu dibuat dengan sungguh cepat. Sekelip mata dia buat keputusan. Kita alu-alukan jika ualasan juga cepat. Hakim janji untuk keluarkan dalam masa tujuh hari mahakanh akan keluarkan ulasan penghakiman,” jelas Nizar.

“Kita lihat mereka begitu cepat memutuskan satu-satu kepputusan, tetapi cukup lambat mengeluarkan ulasan. Menyebabkan kami terpaksa menghantar permohonan ke mahkamah persekutuan,” kata beliau. TVA

4 comments:

~ Axie ~ said...

TAN SRI Nizar ker Dato Seri Nizar???

Anonymous said...

Apapun tak berseri...

Anonymous said...

'Tanah Gong'yang tak boleh ditanam pokok kerana tanahnya tak subur.Itu dinamakan orang 'Gong'.Kecoh tak habis-habis.......

Anonymous said...

takpe, hakim-hakim itu pun akan diadili di padang mahsyar nanti !

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin