17 June 2009

Anwar confident in PAS



Kerajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan. mStar

3 comments:

Anonymous said...

Itulah kenyataan berhemah dan bijaksana dari seorang pemimpin ,kalau beliau masuk jarum , habislah si nasha bodoh tu.
pemimpin PAS patut mencontohi pendekatan dan kebijaksanaan beliau berpolitik..jangan jadi cerdik tapi tak boleh tumpang dan bodoh tak boleh diajar

Quantum Metal Consultant said...

Anwar memerlukan ketenangan untuk memberi fokus kepada hidup mati hayat politiknya dalam perbicaraan isu liwat.

Dalam ketakutan bayang2 sendiri tentulah Anwar tertekan untuk berhadapan dengan mahkamah dan pendakwa.

Apa juga pergolakan dalaman di kalangan rakan2 pembangkang akan menjejaskan Anwar dari sokongan padu yang sangat2 diperlukannya.

Kerajaan Perpaduan yang dibwa oleh Hadi bukanlah satu yang merumitkan untuk diperjelas dan difahamkan kecuali orang2 seperti Nik Aziz yang merasa diri terlalu hebat dan betul.

Prinsip perjuangan 'benci kepada UMNO' dan emosi kerana Husam tewas menjadikan Nasa sebagai sasarannya melepaskan geram.

Jika Nasa sampah, bakul sampahnya tentulah Nik Aziz.

Anonymous said...

Kebanyakkan pemimpin PAS bodoh...ramai daripada mereka berkelulusan di Asia Barat.Ilmu yang diperolehi di sana taklah seberapa. Pulang ke Malaysia nak tunjuk hebat.Orang Arab sendiri huru hara,sesama mereka pun tidak bersatu, nama saja Islam.Semua ni berpunca daripada kebodohan.Ilmu huru-hara ini pula di bawa ke Malaysia sehingga menjadikan melayu semakin bodoh.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese