06 May 2009

Tiga Anak Buah Cikgu Bard ditahan, Kek Harijadi Altantuya Dirampas Polis



Tiga anak buah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Hisham (Cikgu Bard) ditahan polis di hadapan Kompleks Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Cubaan mereka untuk menghantar kek harijadi Altantuya Shaaribu Wanita Mongolia yang dibunuh kejam tiga tahun lalu dihalang oleh pihak berkuasa.

Malaysiakini melaporkan, Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/harijadialtantuya.jpgKetiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kek seberat 5kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.

3 comments:

Unknown said...

Ini lah kali pertama aku nak cerita ttg tak puas hati aku dekat hangpa ni..apa pasai pi bagi kek tu kat polis..???Lain kali bawa yg replika sudah lah...yang real tu biarlah kita sapu dulu...ok/ Setidak-tidaknya kalau kena pancut ayaq fru tu tak de lah kemponan sbb cuma replika...heee. Mesti kenyang puak dalam balai tu...Kalau boleh kongsi makan dgn 'yg dok dalam lokap' tu tentu betoi2 jadi SATU malaysia. amacam?

Anonymous said...

Memang orang Pakatan ini tidak ada kerja.Rakyat bagi 5 negri dah hilang 1negri.Bukan kah lebih berfaedah kalau takbir negri yang masih ditangan elok dan tunggu GE13.Rakyat tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Demo lah ,hantar kek lah,memalukan.

Orang BN tak pun hantar kek Saiful atau kek Hilmi?

cheguBard said...

kalau Bn nak hantar kek ke sapa pun terpulang.... kami ada asas kukuh sila rujuk kenyataan media dalam http://chegubard.blogspot.com... jgn dok baca utusan malaysia jerk

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese