06 May 2009
Jurucakap Bersih ditahan polis dibawah Akta Hasutan
Bersih Spokesperson Wong Chin Huat arrested 2
Bersih Spokesperson Wong Chin Huat arrested 3
KUALA LUMPUR - Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.
Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.
"Wong kini berada di Ibu Pejabat Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Perdana dan komputer ribanya dirampas," tegas Edmund. Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan Wong ada kaitan dengan sidang media yang diadakan semalam.
Dalam sidang media Bersih semalam, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda "1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang".
Kempen tersebut dan pemilihan warna hitam dibuat sebagai protes terhadap rampasan kuasa yang dirancangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment