13 May 2009

Sivakumar: Disyaki Senjata Api Dibawa Masuk Dewan Pada 7 Mei

Seorang lelaki berpakaian putih, dilihat seperti mencapai satu objek yang terselit di belakang seluarnya. Objek itu bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas.

Satu laporan polis dibuat oleh YB Sivakumar pada hari ini di IPD Ipoh lebih kurang jam 11.50am. Turut bersama ialah YB Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis), YB Leong Mee Meng (ADUN Jalong), YB Lim Pek Har (ADUN Menglembu), YB Ong Boon Piow (ADUN Tebing Tinggi.

Disyaki seorang lelaki membawa senjata api ke Dewan Negeri yang mulia pada 7 Mei 2009. Ini dapat dilihat dalam klip video dimana orang yang disyaki menyimpan senjata api di pinggangnya. Klip itu juga diserahkan kepada polis sebagai bukti. Penyiasatan perlu dimulakan dengan segera oleh pihak polis terhadap lelaki yang tidak dikenali itu.

Membawa masuk senjata api ke dalam Dewan Negeri merupakan satu kesalahan yang amat serius. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Siapakah akan memikul tanggungjawab ini? Menurut pihak Setiausaha Kerajaan Negeri terdapat kawalan yang ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Jika begitu, bagaimana perkara ini berlaku? Saya amat khuathir bahawa keselamatan Ahli-ahli Dewan Negeri terjejas.

Dewan Negeri merupakan dewan yang amat mulia. Keselamatan Ahli-ahli Dewan adalah sangat penting. Sesiapa pun tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa senjata ke dalam dewan itu termasuk Ahli-ahli Dewan Negeri. Kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah bertentangan dengan Akta senjata Api Merbahaya.

Saya juga merasa malu dan kesal kerana perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di negara kita. Larangan membawa senjata api ke dalam dewan juga merupakan satu konvensyen yang diterima pakai di semua negara-negara komenwel dan bertamadun.

Tambahan pula, di Dewan Negeri Perak bilik khas disediakan untuk memyimpan senjata api sebelum masuk ke dalam dewan. Oleh yang demikian, tindakan tegas perlu diambil supaya insiden seperti ini tidak berulang di mana-mana Dewan Undangan Negeri ataupun di Parlimen pada masa depan.- speakforperak.blogspot.com/

5 comments:

Anonymous said...

Report akan diambil cuma adakah siasatan akan diambil?...jawapnya samaada "No Further Action" atau siasatan dibuat seperti siput berjalan.

Elok juga buat inquiry diDewan atas episode tersebut dan laksanana hukum jika ada peruntukan dlm Dewan.

LanaBulu said...

Siva nak kena faham..dibawah era Najib..C4 pun boleh dibawa kedewan..Sebarang kes boleh dibicarakan on the spot.. Law ..depa dah bawa masuk hutan. Depa pakai akai depa saja ok.

Anonymous said...

aku keruk bontot la ngok

Anonymous said...

paranoid ! apa ini india .tak ada benda lain ke nak provok . jgn kasi kecuh lg la .haprak punya kl.......

Anonymous said...

Perlu juga lihat betoi betoi ada dikalangan BENTARA/yang berpakaian hulubalang bertengkolok sibuk mengambil gambar gambar didalam DUN jadi siapakah mereka mereka ini yang sebeno beno nya....???

Wallah Huallam

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin