13 May 2009

Majlis Peguam: Mahkamah bataskan kuasa Zambry sebagai MB

Status Zambry Kadir sebagai Menteri Besar masih samar-samar walaupun beliau mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan semalam untuk menangguh perisytiharan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai ketua kerajaan negeri.

Majlis Peguam berpendirian keputusan Mahkamah Rayuan itu bererti Zambry hanyalah penjaga kuasa kerajaan negeri atau “head of a caretaker government” sehingga rayuan penuh beliau didengar.

“Oleh itu Zambry tidak harus merancang untuk memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri tergempar kerana beliau tidak mempunyai kuasa berbuat demikian,” kata Naib Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.

Desas-desus kencang bertiup Zambry akan memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang tergempar DUN itu bagi meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar.

Ini untuk memintas keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lalu yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar sah di isi perlembagaan negeri.

Pagi tadi Zambry sendiri memilih untuk menepis pertanyaan wartawan sama ada beliau kini hanya boleh dianggap sebagai “penjaga” kerajaan negeri dan tidak lebih daripada itu.

“Anda tak perlu tanya saya soalan itu. Anda patut bertanya kepada mahkamah,” jawab Zambry dalam nada tegas kepada wartawan berkenaan di Ipoh.

Dalam pada itu, Peguam Nizar kini dalam perjalanan untuk menfailkan permohonan bagi mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperolehi oleh Zambry.

Belum dipastikan bila mahkamah akan bersidang untuk mendengar permohonan pihak Nizar itu.

Semalam Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah menimbulkan banyak persoalan.

"Kita tetap berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan saya masih Menteri Besar yang sah. Keputusan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kekeliruan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut politik negeri Perak," kata Nizar. TVA

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin